|
|







 |
| |
|
|
|
Advertise Your Banner HERE / Promosikan Banner Anda Di Sini |
|
 |
|
BUAH
LYCIUM ( GOJI )
Oleh Subhuti Dharmananda, Ph.D., Director,
Institute for Traditional Medicine, Portland
, Oregon |
|
|
 |
|
 |
|
Buah Lycium
(Goji) merupakan herba yang berasal daripada Lycium
chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di
dapati di Asia Timur. Kulit akar tumbuhan-tumbuhan
tersebut juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia
Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang memberikan
kita buah-buahan seperti lada, terung, ubi kentang,
tomato dan lain-lain lagi. Buah ini dikenali oleh
masyarakat Cina sebagai Goji, dan telah pun digunakan
sejak zaman purba lagi, direkodkan seawal keujudan
Chinese material medica dalam lingkungan 100A.D. |
|
 |
|
Kegunaan Tradisional Dan Moden |
Secara tradisionalnya, buah lycium
digambarkan sebagai mempunyai khasiat untuk
menyuburkan darah,buah pinggang dan hati,
memperkayakan yin dan melembabkan paru-paru.
Ianya digunakan untuk merawat penyakit
seperti batuk kering di samping dahaga (
termasuklah di peringkat awal diabetes dan
tuberkulosi ), pening, penglihatan yang
kabur, ketajaman penglihatan yang berkurang
dan batuk yang kronik. Beberapa ujikaji
klinikal moden bagi rawatan kekurangan
tulang sum-sum (penghasilan sel-sel darah
merah, platelet atau sel-sel darah putih
yang rendah) melibatkan buah lycium dalam
preskripsi yang komplek untuk mengurangkan
masalah penyakit..
Apabila merebus ( menyediakan teh dengan
mendidihkan herba dalam air ), dos 6-18gm
buah lycium digunakan untuk sehari,
selalunya dicampurkan dengan herba-herba
yang lain, untuk masa 1 hingga 3 bulan
sebagai terapi kursus tipikal (lycium juga
digunakan dalam formula anti-penuaan,
dimakan sejak bertahun-tahun ). Dalam
perubatan gastritis atropik ( penghadaman
yang lemah disebabkan oleh pengurangan
aktiviti sel-sel perut ), pesakit-pesakit
diberi makan buah lycium sebanyak 10gm
setiap kali, dua kali sehari sebelum
hidangan ( untuk tempoh 2 bulan ). Dalam
rawatan diabetes, buah lycium yang distim,
dimakan dalam dos 10gm setiap kali, 3 kali
sehari ( stim melembutkan buah ). Dengan itu,
dos di antara 10-30gm setiap hari merupakan
aplikasi perubatan tipikal di China .
|
|
|
 |
|
Konstituen Dan Pharmakologi |
Buah lycium mengandungi beta-karoten,
Vitamin C, Vitamin B1, dan B2, beta-sitosterol
( agen anti-radang) linoleic asid ( asid
lemak), immunologikal polisakarida yang
aktif (5-8%), sesquiterpenoids (cyperone,
solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin,
physalin) dan betaine (0.1%).
Penyelidikan pharmakologikal Cina, yang
dikendalikan empat puluh tahun yang lalu,
mendedahkan ekstrak buah lycium yang
diberikan kepada tikus boleh meningkatkan
imuniti tidak-spesifik, menggalakkan
pengeluaran sel-sel darah merah,
meningkatkan pengeluaran interleukin-2
(IL-2), dan mencegah kekurangan sel-sel
darah putih akibat memakan ubat kanser.
Komponen aktif yang utama ialah polisakarida,
betaine dan physalin.
Dalam mengimbas kembali penyelidikan ke atas
lycium yang disiarkan dalam Recent Advances
in Chinese Herbal Drugs, Dr Zhou Jinhuang
menyatakan polisakarida daripada buah lycium,
seperti juga daripada astragalus dan
ganoderma, dapat meningkatkan sel-pengantara
dan tindakbalas humoral imun. Dengan hanya
dos 5-10mg/kg setiap hari selama seminggu,
polisakarida buah lycium boleh meningkatkan
aktiviti sel-sel T, sel-sel citotoxik T dan
sel-sel pembunuh semulajadi dalam
haiwan-haiwan ujian makmal. Jumlah
polisakarida dalam buah lycium daripada
jenis lembut yang boleh dimakan mungkin
tidak melebihi 5%, dengan itu jumlah ini
sepadan dengan dos manusia lebih kurang
7-14gm bagi sebiji buah. Dalam kajian lycium
yang dilaporkan dalam jurnal Beijing Medical
University (1992), ianya dinyatakan bahawa
buah lycium mengurangkan antibodi-antibodi
yang berkaitan dengan tindakbalas
jenis-alergi, yang dianggapkan tercapai
menerusi mekanisma meningkatkan sel-sel CD8
T dan mengawal cytokines. Barangkali hasil
daripada aktiviti ini, buah lycium telah
dilaporkan berguna untuk rawatan psoriasis.
Beberapa tumbuhan polisakarida telah
menunjukkan peningkatan pengeluaran IL-2;
kesan peningkatan polisakarida lycium ke
atas aktiviti IL-2 telah dilaporkan oleh
Institut Pharmakologi dan Toxicologi Beijing
(1989). Di Amerika Syarikat, IL-2, telah
dikaji sebagai faktor meningkatkan imunisasi
sejak tahun1983, berguna untuk kanser dan
beberapa jangkitan HIV.
Betaine, apabila dicampurkan kepada makanan
ayam, meningkatkan pembesaran haiwan dan
pengeluaran telur, dan sekarang ini
digunakan di ladang ternakan ayam dan itik
disebab oleh kesan-kesan tersebut. Buah
lycium yang diberi kepada tikus telah
merendahkan kolestrol darah dan gula darah
mereka; diberi kepda arnab, ianya menghalang
pembentukan artherosklerosis. Betaine juga
menunjukkan perlindungan kepada hati-hati
haiwan-haiwan ujian makmal daripada kesan
toksin kimia; lain-lain kajian pharmakologik
telah menunjukkan ia adalah antikonvulsi (
anti-kejang ), sedatif dan vasodilator.
Dalam tahun 1974, dilaporkan Betaine boleh
merawat pelbagai penyakit hati yang kronik;
buah lycium sering kali diberikan bersama
dengan satu lagi buah herba Cina, schizandra,
untuk tujuan tersebut. Tahun-tahun
kebelakangan ini, betaine telah dimasukkan
dalam beberapa produk nutritional tambahan
Barat, terutamanya kepada mereka yang ingin
membina otot. Betaine sejenis alkaloid,
kadang kala dikelaskan sebagai amino asid,
yang juga ditemui dalam capsicum, silibum (sumber
daripada silimarin flavonoid pelindung-hati)
dan beets ( Beta vulgaris, di mana betaine
mendapat namanya) Betaine digunakan oleh
hati untuk menghasilkan choline, satu
sebatian untuk menenangkan ketakutan,
meningkatkan memori dan melindungi penyakit
hati berlemak. Dalam tumbuhan bit, iaitu
sumber komersil daripada sebatian terasing,
kandungan betainenya adalah pada paras 0.3 -
0.7%.
Satu lagi tumbuhan dalam famili Solanaceae,
iaitu Physalis angulata, mengandungi
physalin ( salah satu daripada bahan lycium)
sebagai komponen aktif yang utama. Herba
tersebut digunakan sebagai rawatan untuk
Hepatitis B. Ekstrak physalin telah
menunjukkan peningkatan aktiviti sel
pembunuh semulajadi di organ limpa tikus
yang bersaiz normal atau berpenyakit kanser,
menunjukkan ianya mempunyai kesan anti-kanser
berbagai jenis.
Buah lycium telah diberi untuk merawat
masalah mati pucuk. Telah dilaporkan
pemgambilan terus buah lycium dan
pengambilan dalam bentuk ekstrak,
menunjukkan peningkatan nyata paras androgen
dalam darah, menjadikan pesakit-pesakit
berasa lebih bertenaga. Rupa-rupanya
sitosterol atau terpenoids yang
bertanggungjawab untuk kesan ini. Dos harian
buah lycium yang diperlukan untuk
memperolehi kesan lebih kurang 10gm/sehari.
Seperti juga memakan buah-buah yang lain,
lycium tidak bertoksik. Kajian toksik
menunjukkan suntikan 2.4gm/kg ekstrak buah
lycium tidak menyebabkan tindak balas
berbalik, tetapi dos sebanyak 25g/kg, tindak
balas toksiknya cepat. LD50 telah ditentukan
pada dos lebih kurang 8.3gm/kg ( kira-kira 1
paun buah kering, diekstrak dan disuntik
untuk seorang ) |
|
|
 |
|
Lycium Sebagai Sumber Peningkat - IMUN
Polisakarida |
|
Dalam mengimbas kembali peningkat-imun
polisakarida ( ITM, 1993 ), dicadangkan dos
harian polisakarida aktif lebih kurang 3.5gm
sehari sudah memadai sebagai dos minima
untuk mencapai kesan yang cukup baik dalam
menghalang kanser atau infeksi viral kronik.
Paras dos yang sama, iaitu 3.0gm/sehari,
telah ditentukan baru-baru ini di Institut
Kanser Sloan-Kettering (komunikasi peribadi).
Untuk memperolehi jumlah ini dengan
semata-mata memakan buah lycium (
dianggarkan 5% polisakarida ) mungkin sukar:
dos harian sepatutnya 60-70 gram. Walau
bagaimana pun, sekiranya buah lycium dimakan
bersama-sama dengan polisakarida tambahan
yang lain, ianya cukup untuk menyumbang
kepada jumlah dos harian yang diingini. Rasa
buah lycium yang sedap dan boleh dimakan
terus - dimasak bersama makanan, juga dalam
arak berherba, dan dalam bentuk tablet-
menjadikan ia sumber yang ideal. Ianya juga
tidak mahal. Dos 30-35g buah mentah sehari
kosnya hanya 1 US dollar. Pengalaman lebih
daripada 300 pesakit di Immune Enhancement
Project di Portland yang mengamalkan buah
lycium menunjukkan tindak balas berbalik
tidak terjadi dengan dos yang dicadangkan di
atas, mengesahkan laporan dari China. |
|
| |
| |
|