|
|






 |
| |
|
|
|
Advertise Your Banner HERE / Promosikan Banner Anda Di Sini |
|
 |
|
Fungsi GOJI
Penasihat Kesihatan Istimewa Mengenai
Imuniti dan Penuaan Penemuan Terkini Goji :
Oleh D. Gary Young - 15 Mei 1998 |
|
|
 |
|
Mengapakah mereka yang tinggal di Barat
Pendalaman Mongolia mempunyai hayat hidup
melebihi 100 tahun ? |
Kisah bermula lima tahun yang lalu apabila
Profesor Chao mengunjungi saya di pejabat
kami di Riverton. Beliau ketika itu bekerja
di Universiti Science Natural Beijing China
dan dihantar menjalankan tugasan mengumpul
maklumat dan memberi pengajaran khas. Beliau
telah mengetahui tentang essential oils dan
amat tertarik dengan potensinya. Apabila
kami mula berbincang tentang khasiat
perubatan essential oils, beliau telah
memaklumkan kepada saya satu lagi botanikal
yang amat berkuasa telah digunakan
berabad-abad lamanya di pendalaman Mongolia
tetapi baru kini dibuat penyelidikan. Ianya
dipanggil buah Goji ( nama Latin, Lycium
barbarum, atau bahasa percakapan Cina "goji
" ). Mereka yang mengamalkan buah Goji ini
jelas hidup bebas daripada penyakit seperti
arthritis, kanser dan kencing manis.
Tambahan lagi, hayat hidup mereka melebihi
100 tahun.
Di China, Goji dan Ginseng telah dikenali
berabad lamanya sebagai tumbuhan yang
mempunyai nutrisi dan kesan terapeutik yang
amat penting. Hakikatnya, masyarakat Cina
mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa hayat
manusia boleh dilanjutkan dengan mengamalkan
herba-herba ini. Malangnya, ginseng dianggap
terlalu kuat untuk diguna secara berterusan,
dan dalam kuantiti yang banyak mungkin tidak
sesuai untuk mereka yang berpenyakit darah
tinggi atau jantung. Sebaliknya, Goji lebih
lembut, tanpa risiko sekiranya diamal
berterusan.
|
|
|
 |
|
Mengandungi 500 Kali Ganda Lebih Vitamin C
Berbanding Buah Oren |
Dalam tahun 1988, Institiut Penyelidikan
Nutrisi Beijing mengendalikan kajian
terperinci analisis kimia dan komposisi
nutrisional buah Goji kering. Apa yang
mereka temui menakjubkan. Buah Goji
mengandungi lebih 18 amino asid ( 6 kali
ganda lebih tinggi kadarnya berbanding bee
pollen), 21 unsur mineral, lebih beta
karoten berbanding karot dan menghairankan
500 kali ganda lebih Vitamin C berbanding
buah oren - mengikut berat) Ianya juga kaya
dengan Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6
dan Vitamin E.
Mungkin sebab inilah masyarakat Cina
mengatakan secara tradisional faedah-faedah
Goji, mendakwa Goji melindungi fungsi hati,
menggantikan tenaga penting, penglihatan
yang lebih baik, mengurangkan tekanan darah
dan kolestrol. Goji juga dikatakan dapat
menguatkan otot dan tulang, merangsang
jantung dan membantu merawat diabetes dan
mati pucuk. Soalannya : Bolehkah
tuntutan-tuntutan ini disahkan dalam kawalan
kajian dengan menggunakan analisis kimia
moden?
|
|
|
 |
|
Bolehkah Goji Merangsang Fungsi Imunisasi? |
Menurut laporan Suruhanjaya Teknologi
Saintifik Negara China , Goji mengandungi
sebatian yang dikenali sebagai lycium
polisakarida, yang ternyata sangat berkesan
dalam meningkatkan imunisasi.
Keputusan-keputusan ini disahkan dalam
beberapa ujian klinikal.
Dalam satu kajian ke atas sekumpulan pesakit
kanser, Goji telah mencetuskan peningkatan
dalam kedua-dua iaitu kadar transformasi
limfosit dan juga bilangan sel darah putih (
sukatan fungsi imunisasi). Dalam kajian yang
lain melibatkan sekumpulan mereka yang
bilangan sel darah putih di bawah had, Goji
meningkatkan fagocitosis dan titre antibodi
serum ( satu lagi index fungsi imunisasi ).
Aras titre antibodi serum yang tidak sihat
telah lama dikaitkan dengan Sindrom
Keletihan yang Kronik (dikenali juga sebagai
Epstein-Barr ). Adakah ini bermakna yang
Goji boleh digunakan sebagai senjata
terhadap Epstein-Barr? Kemungkinannya
benar-benar menarik minat.
Dalam kajian yang lain, pengambilan Goji
memberi petunjuk kepada menguatkan aras
immunoglobin A ( index fungsi imunisasi )
sebab penurunan immunoglobin A merupakan
satu petanda penuaan, peningkatan aras ini
menunjukkan Goji mungkin membolehkan DNA
yang rosak dibaik pulih dengan sendirinya
dan mencegah kemerosotan tisu.
|
|
|
 |
|
Adakah Goji Merupakan Antioksida Yang Kuat? |
|
Apabila kita meningkat tua, paras lipid
peroksida dalam darah kita meningkat,
manakala paras-paras pelindung-kesihatan
antioksida, seperti superoxide dismutase
(SOD) menurun. Dalam kajian klinikal mereka
yang mengamalkan Goji, SOD dalam darah
meningkat sebanyak 48% manakala hemoglobin
meningkat sebanyak 12%. Baiknya, aras lipid
peroksida menurun sebanyak 65%. |
|
|
 |
|
Adakah Goji melindungi Mata? |
|
Satu ujian kesan Goji ke atas penglihatan
telah dikendalikan. Dua puluh orang telah
diuji dan menunjukkan pembaikan yang
dramatik dalam kedua-dua penyesuaian gelab
dan kandungan Vitamin A dan karotene serum
mereka. ( sukatan akuiti penglihatan ) |
|
|
 |
|
Gary Melihat Perubahan Dramatik |
Enam tahun yang lalu, saya telah
melonggarkan latihan regimen saya kerana
kesakitan di kedua pergelangan kaki. Jadi
Krismas kali ini, saya bersungguh-sungguh
memulakan program kesihatan badan,
merangkumi latihan sederhana 2 ke 3 kali
seminggu dengan dua kali sehari hanya
memakan hidangan Goji dan juga hidangan
lain. Pada pertengahan bulan Mac, semasa
saya sedang belajar di Turkey , saya mula
dapati perubahan fizikal saya: Kulit saya
nampak lebih cerah dan tahap tenaga saya
juga bertambah. Setiap hari saya bekerja 16
jam di antara pembelajaran dan latihan
makmal.
Apabila saya pulang ke rumah, saya dapati
berat badan saya telah turun sebanyak 12
paun, turun 3 inci di bawah perut dan naik 3
inci di bahagian dada.
Dan, 2 minggu lalu semasa saya di Phoenix ,
saya berlari satu batu. Saya rasa badan saya
panas, bertenaga dan berlari dengan tenang.
Minggu lepas, di rumah saya di Utah,
terletak pada altitut 5,000 kaki dari paras
laut, saya berlari 2.7 batu dan tidak ada
rasa letih sedikit pun - walau pun pada
altitut udara yang rendah. Dua hari selepas
itu, saya berlari 4.3 batu tanpa kaki berasa
sakit. Saya boleh berlari lagi untuk tiga
atau empat batu tetapi saya tidak mahu
melakukannya. Perubahan ini amat luar biasa
jika diambil kira saya tidak menjalani
sebarang latihan selama 6 tahun. |
|
|
 |
|
Berita Baik Untuk Para Atlit, Yang Berdiet,
Pesakit Kanser, AIDS dan Pesakit MS |
Pelbagai jenis kesan-kesan fisiologikal ini
telah menyegerakan saya untuk lebih
mendalami ilmu kimia Goji. Apa yang saya
temui menakjubkan : Goji tidak hanya
mengandungi super oxide dismutase, phenyl-propanoids,
factor-faktor penghalang anti-kanser dan
antiseniliti, tetapi juga mengandungi
rangkaian amino asid L-leucine yang tinggi.
Leucine merupakan amino asid yang perlu yang
tidak dibuat oleh tubuh kita, kita hanya
boleh mendapatkannya daripada diet kita.
Ianya ada dalam kuantiti yang kecil dalam
kedua-dua makanan tumbuhan dan haiwan dan
ianya merupakan komponen semulajadi susu ibu.
Tetapi Leucine bukan hanya sebagai amino
asid perlu: Ia juga menyokong fungsi
imunisasi, membakar lemak dan membina otot.
Bagaimana? Sebab leucine membentuk sebatian
yang sangat unik dipanggil HMB (
Beta-hydroxy brta-methylbutyrate ). Melalui
aktiviti phenylpropanoid Goji membantu
menukarkan leucine kepada HMB.
Apa yang membuatkan HMB begitu cemerlang
dalam mengekalkan kesihatan? Merujuk kepada
penyelidik terkemuka, Richard Passwater,
Ph.D.,
" HMB menunjukkan yang ia merendahkan jumlah
dan aras kolestrol LDL dalam darah dan
membantu menguatkan sistem imunisasi di
samping membina otot-otot dan membakar lemak
dalam tubuh. Berita ini pastinya menarik
minat para atlit angkat berat dan yang
lainnya, tetapi ianya mungkin juga menarik
minat pesakit-pesakit kanser, AIDS dan
distrofi otot "
|
|
|
 |
| |
|