|
|






|
| |
|
Iklankan Banner Anda DiSini : PERCUMA |
| |
|
 |
|
BUAH
GOJI Antioksida
Penyelidikan Sains Membuktikan Antioksida
Dalam Goji Merupakan Pertahanan Tubuh Yang
Terbaik Melawan Radikal Bebas |
|
|
 |
Tubuh kita diserang setiap hari oleh
kesan-kesan kerosakan akibat radikal bebas
yang ujud menerusi fungsi metabolik biasa.
Hakikatnya, Dr Bruce Ames dari Universiti
California di Berkelay menganggarkan setiap
sel DNA kita diserang oleh radikal bebas
lebih daripada 10,000 kali dalam sehari.
Tambahan lagi bahan cemar dengan tidak
sengaja diinges dalam makanan dan minuman
kita, udara yang disedut untuk bernafas
menjadikan masalah semakin rumit.
Tanpa dihalang, radikal bebas boleh
mengakibatkan kemusnahan DNA, enzim-enzim
dan sel-sel. Banyak keadaan kronik, termasuk
penuaan-dipercayai hasil daripada kerosakan
berterusan yang disebabkan oleh radikal
bebas. Mujurlah, antioksida terbukti sebagai
senjata yang berkesan untuk melawan mereka.
Antioksida membantu meneutralkan kesan-kesan
akibat radikal bebas, membenarkan tubuh
mengembalikan fungsi normal dan menjadi
sihat.
Antioksida membantu mempertahankan integriti
sel dengan melindungi mereka daripada
diserang oleh radikal bebas. Kebanyakan
penyakit berkait dengan penuaan adalah
disebabkan kerosakan akibat radikal bebas.
Oleh kerana kualitinya yang lebih tinggi,
beberapa kajian perubatan telah mengesyorkan
kegunaan Goji Ningxia sebagai pertahanan
yang terbaik dalam melawan radikal bebas.
Seperti tumbuhan yang lain, Goji juga
mempunyai pelbagai bilangan spesis dan jenis.
Daripada 80 spesis Goji yang berbeza di
seluruh dunia, Lycium barbarum dari Ningxia
mengandungi paras rangsangan-imunisasi
polisakarida yang jauh lebih tinggi. |
|
|
 |
|
Goji Mengandungi Sehingga 20 Kali Ganda
Antioksida Berbanding Buah-Buahan dan
Sayur-sayuran Yang Lain |
|
 |
Ujian makmal yang baru dikenali sebagai ORAC
(Oxygen Radical Absorbance Capacity -
Kapasiti Menyerap Radikal Oksigen) telah
dimajukan oleh penyelidik-penyelidik di
Universiti Tufts bagi mengetahui kadar
paras-paras antioksida dalam buah-buahan dan
sayur-sayuran. Ianya meletakkan Goji Ningxia
sebagai makanan antioksida tertinggi di
dunia.
Di samping menjadi makanan antioksida
terbaik, Goji Ningxia mempunyai agen
sokongan-imunisasi yang sangat tinggi,
disahkan oleh saintis-saintis moden. Goji
Ningxia juga didapati mempunyai paras
rangsangan-imunisasi polisakarida yang amat
tinggi. Menghairankan, Goji Ningxia
mengandungi 16 hingga 17 peratus protein
mengikut berat! |
|
|
 |
|
Antioksida Menghalang Radikal Bebas daripada
Menyerang |
|
 |
|
|
 |
|
Antioksida Meneutralkan Radikal Bebas |
|
 |
|
|
 |
| |
|